Ketahui Rahsia Kekuatan Dan Kuasa Jaringan Serta Kolaborasi Untuk Kejayaan Perniagaan Anda Ketika Era Pandemik Ini.
Setiap Hari Selasa
07:00am – 10:00am
ZOOM
Perniagaan perlu mampu berubah dan menyesuaikan diri dengan tingkah laku, keperluan dan kehendak semasa pelanggan dengan segera.
Perniagaan perlu tangkas menyusun semula strategi seiring aliran dan kehendak pasaran supaya terus mampan dan berkembang.
Jika anda melalui saat sukar untuk meneruskan dan mengembangkan perniagaan ketika era pandemik ini, yakinlah anda tidak bresendirian dan kami sedia membantu anda.
Di BNI PRIMERA, kami membina rangkaian dan bersama-sama mengembangkan perniagaan dengan membina hubungan dan memupuk kepercayaan, disokong oleh sistem yang berstruktur dan terbukti berkesan menyumbang lebih RM130 juta transaksi perniagaan sesama ahli.
Kami percaya, kerjasama atau kolaborasi adalah kunci untuk memahami kehendak dan keperluan pasaran semasa, akses kepada sumber dan kepakaran yang diperlukan serta formula utama untuk menjangkaau rangkaian perniagaan dan pelanggan yang lebih luas.
Justeru, jangan ragu-ragu, teragak-agak atau menunggu lagi. Mari bekerjasama dengan kami. Bersama, kita susun semula strategi perniagaan dan bangkit dalam waktu sukar ini bagi mencapai hasil yang diimpikan.
Berhubung dengan rangkaian ahli BNI PRIMERA yang pakar dalam indusri masing-masing.
Berkongsi dan bertukar-tukar pandangan mengenai tingkah laku, kehendak dan keperluan pasaran serta bagaimana untuk perniagaan terus hidup dan berkembang.
Mendapat rujukan berkualiti dan tawaran perniagaan menerusi kolaborasi dengan pemilik perniagaan yang lain.
Kami mencari pemilik perniagaan yang berwawasan dan komited serta bersedia bekerja sebagai satu pasukan untuk menyertai rangkaian perniagaan kami. Mohon sekarang untuk mengetahui lebih lanjut bagaimana kita dapat bekerjasama.
Tarikh: Setiap Hari Selasa
Masa: 07:00am – 10:00am
Platform: ZOOM
Please fill up the form below to register now.